Monday, January 19, 2009
9:27 PM ● kawan rakan teman

aku rasa amat sangat lain hari ini.. kenapa agaknya? mungkin kerana tak semua yang kita harap akan terjadi dan kekal selamanya.. kata orang putih, 'things will never goes around you'.. aku sudah mula untuk mengerti maksud pepatah orang berkulit cerah ini, yang memaksa aku untuk membuka mata.. semua orang bukan macam aku, dan aku juga bukan macam semua orang.. hakikatnya.. perlu diterima,
aku lebih baik dari kau, kau juga lebih baik dari aku..


rasanya amat sangat gembira bila ada orang yang sentiasa dengan kita, dan rasanya amat sangat sedih bila tiada orang yang sentiasa dengan kita.. itulah gunanya seorang kawan, atau dalam bahasa orang kulit cerah, friends.. kau orang pernah punya kawan? maksud aku, 'KAWAN', bukan kawan yang selalu lepak dengan kau orang, bukan kawan yang belanja kau makan, bukan kawan yang main game dengan kau, bukan kawan yang tak suka tengok kegembiraan kau, bukan kawan yang selalu cemburukan kau, bukan kawan yang suka cium kau, bukan kawan yang selalu buli kau, bukan kawan yang selalu tikam belakang kau, bukan kawan yang selalu gunakan kau.. tapi ini adalah 'KAWAN' yang sentiasa dengan kau, saat jatuh bangun kau, sedih gembira kau, gemuk kurus kau, hitam putih kau, tinggi pendek kau, kaya miskin kau, sentiasa dia ada bersama.. itulah KAWAN

aku rasa aku sudah punya KAWAN seperti ini, tapi betul kah? persoalan bermain dalam kepala, membuat aku hampir menjadi gila, kerana meraka saja yang aku ada.. aku bukan seperti kau, yang masih punya gembira.. aku bukan seperti kau, yang punya rasa cinta.. aku bukan seperti kau, yang hebat lagi bergaya.. aku cuma aku, berdiri teguh dengan sendiri, dan dibantu oleh mereka untuk terus berdiri teguh.. tapi kini aku rasa bagai aku sudah mula jatuh dan tak mampu untuk berdiri kembali.. mungkin kerana aku yang tidak mahu bangun dengan sendiri, masih mengharap tangan mereka dihulur membantu aku untuk berdiri.. sinar bulan tak kan pernah kelihatan di tengah hari, cahaya matahari tidak akan pernah menerangi malam hari.. lumrah alam, inilah hakikatnya..
bintang hanya kelihatan tatkala bulan menyinar di waktu malam, matahari pula menyinar di waktu siang ketika bintang tidak mampu untuk menandingi sinarannya..

Labels: , , , ,


xxxxxx

.live life to the fullest.