Thursday, January 1, 2009
12:19 AM ● viva la vida
tahun baru 2009, aku memilih phrase viva la vida which means live a life, as a motivation to myself yesss, live a life! dats wat i will try to do this year i would like to hav the time of my life at school, since this will be the final year for me to experience school n not forgetting to study the hardest for my SPM dis also describe that i hav live a life for 17 years now for the school, i would like to turn it upside down, leave a mark to em, so it will never forget dat a great guy named Muhd Syaiful Amree bin Hj Mohd Imran has once studied there as for this new year of 2009, i wanted to wish u all a very cherish new year n hope this year will bring smilee n laughter more than tears, a year way better than last year for those hu will make ur way to form 4 nex year, an advice from a senior for u guyz, do make up ur mind 1st, n go for the subject u kno u can keep up with do not enter the pure sc stream if u think its easy or to show off or sumtin, which the real thing is freakin hard as hell, the word regret will come out from ur own mouth later to all the highschool senior, lets pray n do our best for SPM as our life ahead is placed on this lil piece of paper imposibble is nothing, n i kno we all can just do it do not dissapoint those who r depending on us so, cheers 2009
Labels: family, friends, life, new year, school, wish
|
this is me
this is not you
nama aku Amree, Muhammad Syaiful Amree. dilahirkan pada 6 December 1992, seorang anak lelaki drpd 6orang adik beradik, yg lebihnya terdiri drpd 5orang gadis manis. anak bongsu dlm keluarga. dilahirkan dan dibesarakan di Sitiawan, Perak, Malaysia. mendapat pendidikan awal di Tadika Muhibah/1998 dan seterusnya bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist (ACS) Sitiawan/1999-2004, lagi melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS) Sitiawan/2005-2009.
keluarga aku yg dulunya terdiri drpd 8orang ahli keluarga semuanya bertukar menjadi 4orang, setelah 4orang drpd kakak2 aku meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Grik pada tahun 2005, sewaktu aku berusia Tingkatan 1. Intan Maszwin/1, Intan Maszmin/2, Intan Syafarin Hani/4, Intan Syafinasz/5, pergi meninggalkan aku dan keluarga yg kini hanya tinggal Hj Mohamad Imran, Hjh che Saliha, Intan Maszlin/3 dan aku.
cerita tentang sekolah, waktu aku di sekolah rendah aku punya kawan baik namanya Hilalul Hazwan yg kini aku tak tahu dia kat mana. siapa2 yg kenal dgn dia, sila beritahu saya ya. info terakhir tentang dia, dia berada di Ipoh bersama dgn keluarga nya, itu pun khabar dari 7tahun yang lepas. apa yg aku nak cerita tentang dia, bagi aku dia seorang yg hebat, walaupun bertubuh kecil. aku pernah sekali bergaduh dengan dia sehingga pecah almari di belakang kelas. nasib baik Naviin ada tolong leraikan keadaan, kalau tak mesti aku dah pecahkan muka dia. hahaha. itu kenangan aku dengan dia, selain dia pernah bergaduh dengan Syameer untuk merebut seorang gadis bernama Lieya sewaktu kami di darjah 3. rakan baik aku di sekolah rendah juga ialah Naviin, yang aku kenal dari Darjah Satu di kelas 1U, sama jugak di mana aku berkenalan dengan Hilalul. Naviin duduk sebelah aku di dalam kelas sewaktu kami Darjah Satu. aku, Hilalul dan Naviin ditempatkan di kelas yang sama sehingga kami Darjah Empat. sewaktu kami di Darjah Tiga, aku dan mereka bersama beberapa orang kawan lagi terlibat dalam satu pergaduhan yang agak besar tak besar jugak lah, melawan beberapa orang taiko hingusan sekolah rendah yang terdiri daripada Asri, Yen, Kok Heng, Gary dan beberapa orang lagi. di sini, aku dan Naviin dan Syukri menjadi kepala kumpulan melawan mereka, gara2 sikap mereka yg kurang ajar. pergaduhan yg berlanjutan selama lebih kurang 2/3bulan ini berakhir sewaktu Naviin berjaya tumbangkan Kok Heng, aku berjaya hentak siapa ntah yg mata sepet tu, Hilalul buat Gary menangis dan Syukri tibai Yen, meninggalkan Asri seorang diri, lalu dia terpaksa meminta ibunya datang ke sekolah, namun semua tu sia2 kerana akhirnya ibu Asri yang mendapat malu. (apa jadi? rujuk posting aku yg sebelum2 ini). Hilalul dan Syukri telah berpindah sewaktu kami Darjah Empat. namun, Syukri telah kembali bersama aku di ACS Menengah pada 2tahun yg lepas. bercerita tentang sekolah rendah, di Darjah 5, aku tidak lagi sekelas dengan Naviin, tapi aku diperkenalkan dengan rakan2 baru seperti Akram, Syameer, Yazid, Amirul, Muiz, Adawiyah, Atikah, Al-Feqah, Suchata, Vi Vian, Kavina dan ramai lagi. 2tahun terakhir aku di sekolah rendah dikongsi bersama mereka dan 2tahun ini lah tahun terbaik sepanjang sesi sekolah rendah. aku belajar mengenai 'sex' pada usia aku 11tahun, diajar oleh Syameer dan Akram dan Amirul, semuanya bermula dengan cerita 'Body Jumper', sebuah cerita Thailand mengenai hantu yg diberi nama hantu 'pop'. mulai dari situ, mereka banyak berkongsi hal2 mengenai perkara 'dewasa' itu dengan aku. selain itu, kenangan aku dan rakan2 membelasah Arif juga takkan aku lupa. Pn Nge yg mengajar aku Matematik di Darjah Enam menjadi cikgu kegemaran aku, selain Pn Soo dan Ustazah Khatijah. cukup cerita tentang sekolah rendah, beralih ke sekolah menengah.
bermula pada tahun 2005, aku menjejakkan kaki di alam sekolah menengah dengan keputusan UPSR 5A, menyebabkan aku tersangkut di kelas 1A1. di kelas ini, aku berkenalan dengan Hammad, Irfan, Joshua, Yong Xiang, Ji Seng, Li Ping, Yi Lin, Kuhan, Kalisparan etc. kebanyakan kelas aku terdiri daripada ahmoi2 dan apek2, diselit dengan beberapa orang mamat dan minah serta tambi dan tambichi dan kebanyakan rakan sekelas aku telah aku kenal semenjak di bangku sekolah rendah lagi, seperti Vi Vian, Patricia, Jia Min, Laura, Farhan, Faza, Mazura, Athirah, Shahrul, Naviin dll. aku ditempatkan bersebelahan Mazura sebelum dia bertukar sekolah, dan kemudiannya aku duduk bersebelahan Shahrul. tak banyak kenangan aku di usia Tingkatan Satu, beralih ke Tingkatan Dua. aku berada di kelas 2A3, disebabkan keputusan peperiksaan aku yg tidak begitu memberangsangkan, jadi aku ditempatkan di kelas ke3 seluruh tingkatan. begitu juga dengan Tingakatan Tiga, di mana keputusan peperiksaan aku membuatkan aku berada di kelas ke4 seluruh tingkatan, 3A4. tetapi, di dua tahun aku ini lah, aku berjaya menjadi aku yg sekarang. sekelas dengan Zakwan, Hazim, Rafie, Syafiq, Adlan, Khawa, Ikmal, Pey Gaik, Fong Yiao, Kalis, Previn, Cooghen, Azahari dll dan berpeluang berkenalan dengan Aizad, Naza, Syazani, Bob, Faiz dan ramai lagi dari sekolah yg lain seperti Elly, Azie, Dila, Farehan, Mastura dan gadis2 Convent; Amal, Nurul, Yana, Sheeqa, Ijat, Wanie, Fika dll. mereka lah yg mengisi ruang2 kosong dalam hati aku, selepas aku kehilangan mereka yg aku sayang. kenangan aku di usia ini, aku bercinta buat pertama kali. pengalaman untuk aku, dan hubungan itu mengajar aku untuk menjadi lebih baik. aku sendiri selama aku di Tingkatan Empat selepas hampir setahun bersama dia di Tingkatan Tiga. hubungan yg bermula di laman MySpace dan berakhir di telefon Sony Ericson w300i itu, disebabkan kebodohan aku sendiri, namu mengajar aku bahawa rakan itu adalah lebih penting daripada segalanya dan sejak itu, aku tidak pernah terfikir untuk cuba meminati sesiapa lagi. sewaktu aku di Tingkatan Empat, aku telah membuat keputusan 'bijak' yg akhirnya membuatkan aku kesal dengan tindakan aku, iaitu memilih untuk belajar di kelas Sains Tulen, dengan mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan dan EST sebagai subjek teras aku. keputusan yg dibuat disebabkan pengaruh rakan ini amat merugikan aku, dimana aku sebenarnya tidak berminat dengan mata pelajaran Sains. kini, aku telah berada di Tingkatan Lima dan tidak lama lagi, peperiksaan SPM bakal tiba dan aku masih belum bersedia untuk menghadapinya. 'may the force be with you!' kata Master Yoda kepada aku. hahaha. berbalik pada cerita Tingakatan Empat dan Lima, aku berkenalan dengan beberapa rakan baru yang gerek habis; Amer, Kero, Nyza, Suhaib serta berkesempatan untuk duduk sekelas dengan Fahmi dan rakan2 yg lain di mana nama mereka pernah aku sebut sebelum ini, merupakan tahun terbaik aku sepanjang hidup. banyak benda2 yg aku lakukan bersama mereka di usia aku yg di puncak ke-re-ma-ja-an ini. kenangan abadi di dalam hati sampai mati, itu yg dapat aku ucapkan untuk sahabat sejati.
|
|
Thursday, January 1, 2009
12:19 AM ● viva la vida
tahun baru 2009, aku memilih phrase viva la vida which means live a life, as a motivation to myself yesss, live a life! dats wat i will try to do this year i would like to hav the time of my life at school, since this will be the final year for me to experience school n not forgetting to study the hardest for my SPM dis also describe that i hav live a life for 17 years now for the school, i would like to turn it upside down, leave a mark to em, so it will never forget dat a great guy named Muhd Syaiful Amree bin Hj Mohd Imran has once studied there as for this new year of 2009, i wanted to wish u all a very cherish new year n hope this year will bring smilee n laughter more than tears, a year way better than last year for those hu will make ur way to form 4 nex year, an advice from a senior for u guyz, do make up ur mind 1st, n go for the subject u kno u can keep up with do not enter the pure sc stream if u think its easy or to show off or sumtin, which the real thing is freakin hard as hell, the word regret will come out from ur own mouth later to all the highschool senior, lets pray n do our best for SPM as our life ahead is placed on this lil piece of paper imposibble is nothing, n i kno we all can just do it do not dissapoint those who r depending on us so, cheers 2009
Labels: family, friends, life, new year, school, wish
|