Thursday, February 26, 2009
4:01 PM ● kenangan terindah

kawan terbaik aku, di SRK Methodist ACS Sitiawan
dulu, time aku berusia 7tahun, Naviin, Hilalul Hazwan, Amirul Hafizi
menjadi teman baik aku, di mana ke3tiga mereka dah berpindah skrg
Naviin baru saja berpindah sekolah tahun ini, ke St Anderson, Ipoh
Hilalul dan Amirul berpindah sejak aku masih di sekolah rendah, ke Ipoh juga
sekarang, aku sudah tidak punya contact info dengan mereka
darjah 2, Hilalul dan Naviin tetap rakan terbaik aku,
cuma waktu ni, Amirul Hafizi dah berpindah ke Ipoh
aku juga berkawan baik dgn Asyraf, dia ni pelik sikit sebab dia 3suku
darjah 3 pula, aku masih di dlm kelas yang sama dgn Naviin dan Hilalul di kelas 3Hijau
tahun ini, aku sudah mula berkawan baik dgn rakan2 dr jantina yg berbeza
Athirah, Liyana, Suchata, Vi Vian, Siti, Tengku, Afifah, Syaza Auni, antara nama2 mereka
Liyana telah berpindah ke Integrasi Gopeng, kalau tak silap aku
Siti berada di sekolah mak aku, SMK Batu 10, Tengku di Convent Sitiawan, Afifah di Kedah
dan Syaza Auni, aku tidak tahu ke mana dia pergi
Athirah, Suchata, Vi Vian, masih menjadi teman aku di sekolah sehingga hari ini
darjah 4, Loke Sien Sen selalu bergaduh dgn aku di dlm kelas
disebabkn isu mengenai DIGIMON dan POKEMON? lawak, bila terigt balik hal ni
aku pernah mengoyakkan satu buku permainan yg dibuat oleh Sien Sen
dia serta merta menangis dn mula menumbuk2 aku, sambil menyebut...
FLAMETHROWER! FIRE PUNCH! WATER GUN! RAZOR WHIP! BUBLEBEAM! ICEBEAM dll lg
semua ini adalah jenis serangan makhluk2 dlm cerita POKEMON, taksub betul dia ni
tapi aku juga apa kurangnya, aku membalas tumbukan sepakan dia, dengan melaungkan
GARURU STRIKE! BEBOLA API! SEMBURAN API! dll teknik serangan dari kartun DIGIMON
hahahaha lawak kan? tapi cerita ni lah yg akn sentiasa aku kenang, sampai aku mati
kami bergaduh pn, tak disimpan dlm hati, esoknya dah baik
Sien Sen buat satu buku permainan yg baru, n aku jadi orang pertama utk main nya
sejak aku darjah 3 lagi, ada sorg mamat ni yg bajet taiko, kecik2 lg dh mula tunjuk kepala
nama dia Asri, even sampai skrg, dia still taiko kt skolah
aku, Syukri, Hilalul, Naviin selalu bergaduh dgn geng Asri ni, Yan, Kok Heng, Gary dgn dia
sampai satu hari, hari Jumaat, aku igt lagi
hari Jumaat, aku selalu dtg awal, pukul 12tgh hari
ye, aku tak pergi smbhyg Jumaat, sebab sekolah start pukul 1tgh hari(kot?), dan aku masih kecik
hari tu, Asri dn Yan dgn ke kelas aku, dan mula melastik aku menggunakan getah
aku diam aje lah, sebab aku sorg, nk lawan dgn dia orang berdua, aku tak berani
time rehat, dgn tidak semena2nya, mak Asri dtg menjenguk kelas kami dan mula menjerit2
memanggil nama Naviin, dgn nama babi, kurang ajar, anak tak guna, pergi mati dll
bermacam kata2 yang kurang sopan dilontarkan kpd Naviin, yg byknya aku tak faham waktu tu
Naviin pulak tidak hanya duduk diam, dia juga mula menengkik mak cik tu balik
time tu jgk, aku dah mula naik berbulu, dan menjerit kpd mak Asri tu jgk
menyatakan yg anaknya lah yg tak berguna, dtg sekolah awal2 nk carik gadoh dgn org
dah tu selalu ponteng kelas, merayau sana sini, menyusahkan cikgu
mak Asri tergamam, dan secara tiba2 terus pergi ke Asri dan cakap
'Asri, tak baik kamu buat mcm tu' dan terus meninggalkan kelas kami
waktu itu aku dan rakan2 pula yang tergamam, bercampur geli hati
Asri ini rupa2nya anak manja juga ya?
darjah 4, aku dan Naviin masih di kelas yg sama, dn xsilap aku
Hilalul pergi tinggalkan kami pd tahun ini
pemergian dia diganti dgn kehadiran Shahrulnizam, yg menjadi rakan-duduk-sebelah aku
aku jugak mula rapat dgn Amirul Rashidi kala usia ini
Kok Heng yg dulunya lawan, kini menjadi kawan sewaktu aku dn dia di kelas yg sama utk darjah 5
darjah 5, aku terpisah dgn Shahrul dn Naviin, tapi aku berpeluang berkenalan dgn Z-CREW
3trio December, aku, Akram dn Syameer, dn turut serta Amirul, Yazid dan Muiz
kami 6sahabat di kelas yg sama tahun ini dan tahun seterusnya, 5Biru 6Biru
Suchata dn Vi Vian masih sama kelas dgn aku, dn Adawiyah, Atikah dan Fatin al-Feqah
gadis sunti berbilang kaum ini menjadi teman aku sepanjang 2tahun terakhir persekolahan
bersama dgn Ho Jin Nie dn Yeap Siew Lin dn Kavinamalar
konsep di sekolah aku ni, setiap murid akan berada di kelas yg sama selama 2tahun berturut
contoh macam aku, kelas 1Ungu 2Ungu, di tukar ke 3Hijau 4Hijau dan lepas tu 5Biru 6Biru
waktu darjah 6 jgk, ada sorg mamat nama Harif, taiko bajet lg sorang
suka ejek2 nama mak bapak atok org, sampai lah satu hari ni
time balik, Harif ni tak habis2 ejek nama mak bpk Akram, dr pg smpi lah ke time balik tu
Akram pn, dh tak tahan, SEKALI aje sebut nama bapak si Harif tu, dia terus menangis2
tak puas hati, dia pergi kt Akram nk belasah dia lah kunun, tapi apakan daya
Akram tu jauh lagi kuat dari Harif, dan dia telah men'sayur'kan si Harif
aku dan Syameer dan Muiz dan Amirul pun dapat merasa debik Harif tu jugak
tapi....... sekarang,
semua ni tinggal kenangan, semua dah berubah
Harif dn Kok Heng dah tak sekolah lagi, Asri pulak taiko yg tak berapa nk taiko dh sekarang
dan semua mereka ni adalah kawan aku, kawan aku yg tak kan aku lupa
disebabkan dia orang lah, adanya Muhammad Syaiful Amree yg sekarang ni
kan best kalau aku dapat pusing balik masa ni, dn kembali ke zaman sekolah rendah aku

*psst! ini cerita kawan2 di sekolah rendah
sekolah agama tak cerita lagi,
n sekolah menengah jugak!

posting yg lain kali mungkin?
sekian :)

Labels: , , , , , ,

2:57 PM ● SILENT CLASS

kau orang pernah tonton 'SILENT LIBRARY'?
kalau tak pernah, sila search di youtube, dan tengok sendiri

aku aplikasi kan permainan SILENT LIBRARY ni di sekolah,
bermula sejak aku mempertontonkan video rancangan ni
kat kawan2 Cina aku di sekolah, sewaktu GREEN SHOWER EXPO baru2 ni
sejak dari itu, kelas aku sudah mula teruja dgn konsep permainan ini

hari ini pula, disebabkan 4 masa terakhir sesi persekolahan aku tidak punya guru yg mengajar
aku dan kawan2 Melayu dan India bermain permainan ini di dlm kelas,
dgn diisi pelbagai jenis cara penyeksaan, bermula dgn TWO FINGERS STRIKE,
di mana seorang itu akan dibedil dgn pukulan 2jari di bahagian tgn oleh semua pemain
kesemua pemain hari ini terdiri dari 8+1org, yg nama mereka akn disebut sepanjang penulisan
Asiff? (xigt) menjadi insan kurang bernasib baik yg pertama utk hari ini
dan seterusnya, adegan kedua adalah SIDE BURN PULL,
di mana Khawa yg ber side burn tebal, menjadi mangsa seterusnya
ketiga, penyeksaan TICKLE TO DEATH, dikenakan kpd Wafiy sehingga dia diserang cramp
selepas itu, Kero terkena lagi, kali ini EAR STRIKE atau JENTIK TELINGA, di praktikkan
aku menjadi mangsa ke enam, dengan penyeksaan ONE FINGER STRIKE TO HEAD,
di mana tapak tangan anda diletakkan di muka seseorang
dnn jari tgh ditarik dn dilepaskan tepat ke arah dahi
ke enam, DUCK WALK AROUND THE CLASS, terkena pada Wafiy sekali lagi
Famy, turut terkena, dgn penyeksaan 10TIME AROUND THE WORLD,
dia perlu berpusing sebanyak sepuluh kali dlm keadaan dahi diletakkn pada tangkal penyodok,
dan berpusing dlm bulatan dlm keadaan kepala tetap di tangkal penyodok,
dn diminta utk balik ke tempat duduk dlm keadaan terhuyung hayang kerana pening
selepas itu, WATER-THRU-NOSE, yg kurang bernasib baik kali ini ialah Sareth,
dia perlu menghirup air menggunakan hidung
sekali lagi aku terkena, STRIKE ON FOREHEAD, atau JENTIK DI DAHI
kenapa perkara yg membabit kan kepala terkena pada aku?
dan terakhir, WHACK ON BUTT, dgn menggunakan penyapu
buntut Famy menjadi mangsa kekejaman terakhir utk hari ini
Aizad, satu2nya insan yang terlepas dari apa2 penyeksaan
sungguh bernasib baik......

sekian, sekadar utk berkongsi
tamat, SILENT CLASS 26February 2009

*kau orang juga, cubalah main di sekolah masing2

Labels: , , , ,

Tuesday, February 24, 2009
6:26 PM ● LOVE is CINTA

LOVE, for me
its like the wind
cannot be seen
but it can always be felt

cinta sejati, cinta monyet, cinta pandang pertama, cinta sms, putus cinta,
memang banyak jenis cinta yg boleh diklasifikasikan
kali ini, aku nk tegaskan pada 5 jenis cinta yg aku sebut di atas

cinta sejati, true love
cinta sedemikian adalah cinta yg semua orang mahukan, harapkan
persoalannya, adakah cinta sejati benar2 wujud di zaman moden ini?
jikalau benar, berikan aku bukti dan contoh

cinta monyet, memang ini yg sering dihadapi oleh kita sekarang
cinta suka2/main2, memang sepatutnya dielakkan sama sekali
pernah lihat orang membunuh diri kerana cinta?

cinta pandang pertama,
ini yang aku selalu impikan, aku suka dengan konsep cinta seperti ini
melihat kesungguhan seseorang yg jatuh cinta dengan seseorang,
tatkala kali pertama dia melihat si jantung hati, aku sanjung
aku harap aku akan punya peluang utk jatuh cinta pandang pertama

cinta sms, cinta yg berputik di hujung jari
tekan tekan tekan tekan tekan tekan tekan dan terus bercintan!
ramai di kalangan kawan2 aku sendiri yg jatuh cinta melalui konsep ini

putus cinta......
3pasangan terbaik di kalangan kawan2 aku telah terputus tahun ini
seorang rakan sanggup utk merampas kekasih kawan baiknya sendiri
kawan makan kawan, alangkah INDAHnya

akhir kalam, adalah lebih baik utk kita bercinta dengan diri sendiri,
di samping bercinta dengan keluarga yg tercinta
serta tidak lupa akan cinta kepada Rasul junjungan kita
dan paling utama, cinta kepada Nya yg Maha Kuasa
yg telah menciptakan kita
dan memberi peluang kpd kita hidup di duniaNya yg sementara

Labels: , , , ,

Monday, February 2, 2009
9:22 PM ● sekolah dan aku

semangat utk ke sekolah :D

esok merupakan hari cuti utk seluruh negeri PERAK kerana esok merupakan Jubli Pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Syah yang ke-25.. wah, sudah tua sultan negeri aku ni, sudah 25tahun dia memerintah sebagai sultan, tidak hairan mengapa rambutnya berwarna putih suci! hahaha

aku ke sekolah hari ini, setelah seminggu bercuti perayaan Tahun Baru Cina.. sekolah aku mengambil cuti selama seminggu kerana rata2 pelajar di sekolah aku terdiri daripada mereka yang berbangsa Cina.. hari pertama sekolah menyaksikan rakan2 aku kebanyakannya telah memotong rambut mereka.. cuma aku dan Ikmal sahaja yang di dapati masih belum mengurangkan helaian rambut di kepala.. begitu juga dengan Suhaib dan Aizad, rasanya..

hari ini, aku memperkenalkan lagu ciptaan aku, Lagu U kpd rakan2.. Athirah menjadi teman pertama yang mendengarkan lagu ciptaan aku ini, dan dia berkata lagu ini comel? apakah maksudnya? mungkin dia ingin menyatakan bahawa penyanyi lagu itu yang comel, barangkali? selepas dia, aku dengarkan lagu ini kepada teman2 yang lain.. dlm perjalanan pulang ke kelas selepas perhimpunan, Hammad dan Khawa menjadi orang yg seterusnya mendengarkan lagu aku, dan mereka berkata 'best jugak lagu kau ni'.. aku senyum simpul tanda BENGANG.. cakap lah 'best gila lagu kau ni!', baru lah aku bersemangat utk berkarya lagi selepas ini..

bercakap pasal perhimpunan, sesi berdiri 1jam kali ini sungguh seronok, kerana ada seorang ahmoi tak cantik yang melayan kerenah aku dan rakan2 dengan cukup sabar.. walaupun aku menjadi bahan dia pagi ini, aku tetap seronok! terima kasih ahmoi tak cantik yang aku tak tau nama kau.. lain kali silalah berdamping dengan kami lagi.. sesungguhnya kami akan jadikan pagi kau suatu pagi yang INDAH!

kembali kpd Lagu U, aku juga mendendangkan lagu aku ini kpd Adawiyah dan Irfan sewaktu sedang mereka menjalani latihan bola jaring.. apa yang Awie dan Niza cakap tentang lagu aku ini, aku sudah lupa! tapi yang pasti, kata2 mereka adalah suatu yang membina.. orang pertama yang aku hantar recording lagu ini adalah kepada Fatin Syazana yang berada di Bangi.. setelah dia mendengar lagu ini, dia hanya tau memerli aku saja.. tapi tidak mengapa, tunggu saatnya nanti akan aku kenakan dia kembali!

hari pertama sekolah, sungguh meriah! aku bertemu dengan ahmoi idaman aku, Kristie dan Jamie.. aku suka dengan mereka, kerana mereka sungguh sporting dan tidak prejudis, bukan macam rakan2 mereka yang lain yang tidak suka bergaul dengan orang yang tidak sebangsa dengan mereka.. aku juga menerima kiriman angpau daripada Natasha dan Adawiyah dan Athirah hari ini, hutang mereka yang tertunggak sudah dijelaskan.. terima kasih kerana telah membayar kembali, sungguh senang utk berurusan dengan kalian semua.. bukan macam dengan Rafie, Aizad, Khawa dan Hammad, dari tahun lepas sampai ke tahun 2009 ini masih punya hutang wang ringgit yang belum di bayar..

aku dan Khawa hari ni, dengan selamba selambak mengajak orang utk bercouple dengan kami.. hampir setiap orang yang kami jumpa, kami akan bertanya sedemikian, tidak kira bangsa agama warna ataupun jantina? dan hari ni jugak aku berasa seperti anak kecil kerana bermain dengan buih bulat2 yang ditiup melalui pemegang plastik yang dibawa oleh Adawiyah ke sekolah.. sungguh seronok mengimbau kenanangan sewaktu aku bergelar kanak2 riang Ribena!

*aku rindu waktu kecil aku :D

Labels: , , , , ,

Sunday, February 1, 2009
10:26 PM ● KaRaTe lagi?



maafkan aku, aku baru saja menonton KAMI the movie.. ye, baru saja.. setelah sekian lama! panggung wayang di tempat aku tidak mengambil cerita ini.. setiap kali aku pulang ke kampung, juga tidak berkesempatan utk menonton.. sekarang, DVD utk movie ini sudah di release dan aku telah membeli, dan baru sekarang aku punya kesempatan utk menonton filem bagi siri yang paling aku minati.. secara keseluruhan, aku amat berpuas hati dengan filem ini..

tujuan aku menulis hari ini bkn utk membuat review bagi cerita ini.. tapi untuk berkongsi cerita tentang kawan rakan teman, lagi.. aku tidak pernah jemu utk bercerita tentang kawan rakan teman kerana bagi aku, mereka punya pelbagai dan amat banyak kisah dan rahsia untuk dikongsi berkaitan kawan rakan teman.. falsafah 'berkawan biar seribu, berkasih biar satu' aku pegang dengan kuat! hal ini memberi aku banyak pengalaman berkawan dengan ramai orang..

kauorang pernah punya kawan lompat? jangan difikir dalam dunia politik sahaja istilah lompat ini wujud, dalam pertalian persahabatan juga punya kejadian lompat melompat ini.. kauorang pernah berdepan dengan mereka? atau mungkin terserempak? bagi kauorang yang tidak paham akan maksud kawan lompat ini, biar aku cuba terangkan dan jelaskan pada kauorang.. kawan lompat ini, dari pemahaman aku, ialah kawan yang tidak pernah setia dan hanya bersama seseorang itu utk memperoleh faedah.. misalnya, si dia berkawan dengan kau kerana kau banyak duit, kau ramai kawan, kau kenal ramai gadis cantik, kau terkenal, kau cantik, kau kacak, kau comel, kau hebat dll.. kawan lompat bukan lah orang yang suka melompat2, lompat tinggi, lompat jauh, lompat bergalah mahupun lompat kijang.. kawan lompat ini juga ialah kawan yang hanya menjadi kawan kau saat dia susah atau perlukan bantuan.. di saat itu, dia datang utk menagih simpati daripada kau, dengan harapan kau akan membantu.. kawan lompat juga ialah kawan yang hanya datang pada kau saat dia kesunyiaan/keseorangan.. KAWAN LOMPAT!

kauorang tahu apa itu ubat guna2? bagaimana pula dengan kawan guna2? bagi aku, kawan guna2 ini lebih kurang dengan kawan lompat, yang membezakan mereka ialah kawan guna2 ini lebih kepada kawan yang hanya ingin menggunakan kauorang, lebih kepada sudut materialistik..
sama2 renungkan, kerna aku tidak ingin berkata panjang mengenai kawan guna2 ini..

satu lagi, pasti kauorang pernah dengar tentang poser bukan? mengikut kamus, poser ialah orang yang meniru.. aku tertanya, meniru dari segi apakah? bagi aku, poser ini adalah orang yang meniru atau mengikut sesuatu tanpa dia punya apa2 pengetahuan tentang apa yang ditiru/diikut.. ada orang yang menyatakan aku juga poser.. aku ingin bertanya kembali, kau faham apa itu poser? terangkan kpd aku! kerna aku juga tidak berapa mengerti dengan kata orang berkulit cerah ini.. aku tidak mahu menyentuh tentang poser ini, jadi aku harap kauorang yang membaca boleh berkongsi dengan aku apa itu poser..

sekian,
salam perpaduan
cheers,

Labels: , , ,


xxxxxx

.live life to the fullest.