Sunday, February 1, 2009
10:26 PM ● KaRaTe lagi?



maafkan aku, aku baru saja menonton KAMI the movie.. ye, baru saja.. setelah sekian lama! panggung wayang di tempat aku tidak mengambil cerita ini.. setiap kali aku pulang ke kampung, juga tidak berkesempatan utk menonton.. sekarang, DVD utk movie ini sudah di release dan aku telah membeli, dan baru sekarang aku punya kesempatan utk menonton filem bagi siri yang paling aku minati.. secara keseluruhan, aku amat berpuas hati dengan filem ini..

tujuan aku menulis hari ini bkn utk membuat review bagi cerita ini.. tapi untuk berkongsi cerita tentang kawan rakan teman, lagi.. aku tidak pernah jemu utk bercerita tentang kawan rakan teman kerana bagi aku, mereka punya pelbagai dan amat banyak kisah dan rahsia untuk dikongsi berkaitan kawan rakan teman.. falsafah 'berkawan biar seribu, berkasih biar satu' aku pegang dengan kuat! hal ini memberi aku banyak pengalaman berkawan dengan ramai orang..

kauorang pernah punya kawan lompat? jangan difikir dalam dunia politik sahaja istilah lompat ini wujud, dalam pertalian persahabatan juga punya kejadian lompat melompat ini.. kauorang pernah berdepan dengan mereka? atau mungkin terserempak? bagi kauorang yang tidak paham akan maksud kawan lompat ini, biar aku cuba terangkan dan jelaskan pada kauorang.. kawan lompat ini, dari pemahaman aku, ialah kawan yang tidak pernah setia dan hanya bersama seseorang itu utk memperoleh faedah.. misalnya, si dia berkawan dengan kau kerana kau banyak duit, kau ramai kawan, kau kenal ramai gadis cantik, kau terkenal, kau cantik, kau kacak, kau comel, kau hebat dll.. kawan lompat bukan lah orang yang suka melompat2, lompat tinggi, lompat jauh, lompat bergalah mahupun lompat kijang.. kawan lompat ini juga ialah kawan yang hanya menjadi kawan kau saat dia susah atau perlukan bantuan.. di saat itu, dia datang utk menagih simpati daripada kau, dengan harapan kau akan membantu.. kawan lompat juga ialah kawan yang hanya datang pada kau saat dia kesunyiaan/keseorangan.. KAWAN LOMPAT!

kauorang tahu apa itu ubat guna2? bagaimana pula dengan kawan guna2? bagi aku, kawan guna2 ini lebih kurang dengan kawan lompat, yang membezakan mereka ialah kawan guna2 ini lebih kepada kawan yang hanya ingin menggunakan kauorang, lebih kepada sudut materialistik..
sama2 renungkan, kerna aku tidak ingin berkata panjang mengenai kawan guna2 ini..

satu lagi, pasti kauorang pernah dengar tentang poser bukan? mengikut kamus, poser ialah orang yang meniru.. aku tertanya, meniru dari segi apakah? bagi aku, poser ini adalah orang yang meniru atau mengikut sesuatu tanpa dia punya apa2 pengetahuan tentang apa yang ditiru/diikut.. ada orang yang menyatakan aku juga poser.. aku ingin bertanya kembali, kau faham apa itu poser? terangkan kpd aku! kerna aku juga tidak berapa mengerti dengan kata orang berkulit cerah ini.. aku tidak mahu menyentuh tentang poser ini, jadi aku harap kauorang yang membaca boleh berkongsi dengan aku apa itu poser..

sekian,
salam perpaduan
cheers,

Labels: , , ,


xxxxxx

.live life to the fullest.