Thursday, February 26, 2009
4:01 PM ● kenangan terindah

kawan terbaik aku, di SRK Methodist ACS Sitiawan
dulu, time aku berusia 7tahun, Naviin, Hilalul Hazwan, Amirul Hafizi
menjadi teman baik aku, di mana ke3tiga mereka dah berpindah skrg
Naviin baru saja berpindah sekolah tahun ini, ke St Anderson, Ipoh
Hilalul dan Amirul berpindah sejak aku masih di sekolah rendah, ke Ipoh juga
sekarang, aku sudah tidak punya contact info dengan mereka
darjah 2, Hilalul dan Naviin tetap rakan terbaik aku,
cuma waktu ni, Amirul Hafizi dah berpindah ke Ipoh
aku juga berkawan baik dgn Asyraf, dia ni pelik sikit sebab dia 3suku
darjah 3 pula, aku masih di dlm kelas yang sama dgn Naviin dan Hilalul di kelas 3Hijau
tahun ini, aku sudah mula berkawan baik dgn rakan2 dr jantina yg berbeza
Athirah, Liyana, Suchata, Vi Vian, Siti, Tengku, Afifah, Syaza Auni, antara nama2 mereka
Liyana telah berpindah ke Integrasi Gopeng, kalau tak silap aku
Siti berada di sekolah mak aku, SMK Batu 10, Tengku di Convent Sitiawan, Afifah di Kedah
dan Syaza Auni, aku tidak tahu ke mana dia pergi
Athirah, Suchata, Vi Vian, masih menjadi teman aku di sekolah sehingga hari ini
darjah 4, Loke Sien Sen selalu bergaduh dgn aku di dlm kelas
disebabkn isu mengenai DIGIMON dan POKEMON? lawak, bila terigt balik hal ni
aku pernah mengoyakkan satu buku permainan yg dibuat oleh Sien Sen
dia serta merta menangis dn mula menumbuk2 aku, sambil menyebut...
FLAMETHROWER! FIRE PUNCH! WATER GUN! RAZOR WHIP! BUBLEBEAM! ICEBEAM dll lg
semua ini adalah jenis serangan makhluk2 dlm cerita POKEMON, taksub betul dia ni
tapi aku juga apa kurangnya, aku membalas tumbukan sepakan dia, dengan melaungkan
GARURU STRIKE! BEBOLA API! SEMBURAN API! dll teknik serangan dari kartun DIGIMON
hahahaha lawak kan? tapi cerita ni lah yg akn sentiasa aku kenang, sampai aku mati
kami bergaduh pn, tak disimpan dlm hati, esoknya dah baik
Sien Sen buat satu buku permainan yg baru, n aku jadi orang pertama utk main nya
sejak aku darjah 3 lagi, ada sorg mamat ni yg bajet taiko, kecik2 lg dh mula tunjuk kepala
nama dia Asri, even sampai skrg, dia still taiko kt skolah
aku, Syukri, Hilalul, Naviin selalu bergaduh dgn geng Asri ni, Yan, Kok Heng, Gary dgn dia
sampai satu hari, hari Jumaat, aku igt lagi
hari Jumaat, aku selalu dtg awal, pukul 12tgh hari
ye, aku tak pergi smbhyg Jumaat, sebab sekolah start pukul 1tgh hari(kot?), dan aku masih kecik
hari tu, Asri dn Yan dgn ke kelas aku, dan mula melastik aku menggunakan getah
aku diam aje lah, sebab aku sorg, nk lawan dgn dia orang berdua, aku tak berani
time rehat, dgn tidak semena2nya, mak Asri dtg menjenguk kelas kami dan mula menjerit2
memanggil nama Naviin, dgn nama babi, kurang ajar, anak tak guna, pergi mati dll
bermacam kata2 yang kurang sopan dilontarkan kpd Naviin, yg byknya aku tak faham waktu tu
Naviin pulak tidak hanya duduk diam, dia juga mula menengkik mak cik tu balik
time tu jgk, aku dah mula naik berbulu, dan menjerit kpd mak Asri tu jgk
menyatakan yg anaknya lah yg tak berguna, dtg sekolah awal2 nk carik gadoh dgn org
dah tu selalu ponteng kelas, merayau sana sini, menyusahkan cikgu
mak Asri tergamam, dan secara tiba2 terus pergi ke Asri dan cakap
'Asri, tak baik kamu buat mcm tu' dan terus meninggalkan kelas kami
waktu itu aku dan rakan2 pula yang tergamam, bercampur geli hati
Asri ini rupa2nya anak manja juga ya?
darjah 4, aku dan Naviin masih di kelas yg sama, dn xsilap aku
Hilalul pergi tinggalkan kami pd tahun ini
pemergian dia diganti dgn kehadiran Shahrulnizam, yg menjadi rakan-duduk-sebelah aku
aku jugak mula rapat dgn Amirul Rashidi kala usia ini
Kok Heng yg dulunya lawan, kini menjadi kawan sewaktu aku dn dia di kelas yg sama utk darjah 5
darjah 5, aku terpisah dgn Shahrul dn Naviin, tapi aku berpeluang berkenalan dgn Z-CREW
3trio December, aku, Akram dn Syameer, dn turut serta Amirul, Yazid dan Muiz
kami 6sahabat di kelas yg sama tahun ini dan tahun seterusnya, 5Biru 6Biru
Suchata dn Vi Vian masih sama kelas dgn aku, dn Adawiyah, Atikah dan Fatin al-Feqah
gadis sunti berbilang kaum ini menjadi teman aku sepanjang 2tahun terakhir persekolahan
bersama dgn Ho Jin Nie dn Yeap Siew Lin dn Kavinamalar
konsep di sekolah aku ni, setiap murid akan berada di kelas yg sama selama 2tahun berturut
contoh macam aku, kelas 1Ungu 2Ungu, di tukar ke 3Hijau 4Hijau dan lepas tu 5Biru 6Biru
waktu darjah 6 jgk, ada sorg mamat nama Harif, taiko bajet lg sorang
suka ejek2 nama mak bapak atok org, sampai lah satu hari ni
time balik, Harif ni tak habis2 ejek nama mak bpk Akram, dr pg smpi lah ke time balik tu
Akram pn, dh tak tahan, SEKALI aje sebut nama bapak si Harif tu, dia terus menangis2
tak puas hati, dia pergi kt Akram nk belasah dia lah kunun, tapi apakan daya
Akram tu jauh lagi kuat dari Harif, dan dia telah men'sayur'kan si Harif
aku dan Syameer dan Muiz dan Amirul pun dapat merasa debik Harif tu jugak
tapi....... sekarang,
semua ni tinggal kenangan, semua dah berubah
Harif dn Kok Heng dah tak sekolah lagi, Asri pulak taiko yg tak berapa nk taiko dh sekarang
dan semua mereka ni adalah kawan aku, kawan aku yg tak kan aku lupa
disebabkan dia orang lah, adanya Muhammad Syaiful Amree yg sekarang ni
kan best kalau aku dapat pusing balik masa ni, dn kembali ke zaman sekolah rendah aku

*psst! ini cerita kawan2 di sekolah rendah
sekolah agama tak cerita lagi,
n sekolah menengah jugak!

posting yg lain kali mungkin?
sekian :)

Labels: , , , , , ,


xxxxxx

.live life to the fullest.