Monday, February 2, 2009
9:22 PM ● sekolah dan aku

semangat utk ke sekolah :D

esok merupakan hari cuti utk seluruh negeri PERAK kerana esok merupakan Jubli Pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Syah yang ke-25.. wah, sudah tua sultan negeri aku ni, sudah 25tahun dia memerintah sebagai sultan, tidak hairan mengapa rambutnya berwarna putih suci! hahaha

aku ke sekolah hari ini, setelah seminggu bercuti perayaan Tahun Baru Cina.. sekolah aku mengambil cuti selama seminggu kerana rata2 pelajar di sekolah aku terdiri daripada mereka yang berbangsa Cina.. hari pertama sekolah menyaksikan rakan2 aku kebanyakannya telah memotong rambut mereka.. cuma aku dan Ikmal sahaja yang di dapati masih belum mengurangkan helaian rambut di kepala.. begitu juga dengan Suhaib dan Aizad, rasanya..

hari ini, aku memperkenalkan lagu ciptaan aku, Lagu U kpd rakan2.. Athirah menjadi teman pertama yang mendengarkan lagu ciptaan aku ini, dan dia berkata lagu ini comel? apakah maksudnya? mungkin dia ingin menyatakan bahawa penyanyi lagu itu yang comel, barangkali? selepas dia, aku dengarkan lagu ini kepada teman2 yang lain.. dlm perjalanan pulang ke kelas selepas perhimpunan, Hammad dan Khawa menjadi orang yg seterusnya mendengarkan lagu aku, dan mereka berkata 'best jugak lagu kau ni'.. aku senyum simpul tanda BENGANG.. cakap lah 'best gila lagu kau ni!', baru lah aku bersemangat utk berkarya lagi selepas ini..

bercakap pasal perhimpunan, sesi berdiri 1jam kali ini sungguh seronok, kerana ada seorang ahmoi tak cantik yang melayan kerenah aku dan rakan2 dengan cukup sabar.. walaupun aku menjadi bahan dia pagi ini, aku tetap seronok! terima kasih ahmoi tak cantik yang aku tak tau nama kau.. lain kali silalah berdamping dengan kami lagi.. sesungguhnya kami akan jadikan pagi kau suatu pagi yang INDAH!

kembali kpd Lagu U, aku juga mendendangkan lagu aku ini kpd Adawiyah dan Irfan sewaktu sedang mereka menjalani latihan bola jaring.. apa yang Awie dan Niza cakap tentang lagu aku ini, aku sudah lupa! tapi yang pasti, kata2 mereka adalah suatu yang membina.. orang pertama yang aku hantar recording lagu ini adalah kepada Fatin Syazana yang berada di Bangi.. setelah dia mendengar lagu ini, dia hanya tau memerli aku saja.. tapi tidak mengapa, tunggu saatnya nanti akan aku kenakan dia kembali!

hari pertama sekolah, sungguh meriah! aku bertemu dengan ahmoi idaman aku, Kristie dan Jamie.. aku suka dengan mereka, kerana mereka sungguh sporting dan tidak prejudis, bukan macam rakan2 mereka yang lain yang tidak suka bergaul dengan orang yang tidak sebangsa dengan mereka.. aku juga menerima kiriman angpau daripada Natasha dan Adawiyah dan Athirah hari ini, hutang mereka yang tertunggak sudah dijelaskan.. terima kasih kerana telah membayar kembali, sungguh senang utk berurusan dengan kalian semua.. bukan macam dengan Rafie, Aizad, Khawa dan Hammad, dari tahun lepas sampai ke tahun 2009 ini masih punya hutang wang ringgit yang belum di bayar..

aku dan Khawa hari ni, dengan selamba selambak mengajak orang utk bercouple dengan kami.. hampir setiap orang yang kami jumpa, kami akan bertanya sedemikian, tidak kira bangsa agama warna ataupun jantina? dan hari ni jugak aku berasa seperti anak kecil kerana bermain dengan buih bulat2 yang ditiup melalui pemegang plastik yang dibawa oleh Adawiyah ke sekolah.. sungguh seronok mengimbau kenanangan sewaktu aku bergelar kanak2 riang Ribena!

*aku rindu waktu kecil aku :D

Labels: , , , , ,


xxxxxx

.live life to the fullest.