Thursday, June 11, 2009
11:29 PM ● S&S Hari Guru

Short&Simple - Hari Guru
tahun ni adalah tahun terakhir utk aku menyambut Hari Guru
di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS Sitiawan,
melainkan aku akan kembali tahun depan dan duduk dlm kelas Lower6
aku pasti akan merindui guru2 yang telah banyak mengajar aku erti kehidupan
Pn Che Suzanah, seorang guru yang tegas tetapi penyayang orangnya
aku amat mengagumi dan menghormati beliau, dia banyak berkongsi dgn kami
selalu bercerita dengan kami anak2 muridnya di dalam kelas
Pn Jalinah merupakan isteri kepada kawan ayahku
mengajar aku mata pelajaran Sejarah
seorang yg tegas dlm melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa
ramai lagi guru2 yg aku nak sebut nama mereka, seperti Pn Sabarinah
Pak Din, Pn Ding, Pn Loh, Pn Ngo, Cik Woo, Mr See, Mr K, Mr Morgan, Cikgu Rosli
Cikgu Jaafar, Pn Norizuati, Pn Roshidah, Pn Suzana Aliza, Pn Satiya, Pn Lim
terlalu ramai guru2 yang ingin aku ucapkan terima kasih kepada mereka
kerana telah membentuk aku untuk menjadi aku
pada hari itu, aku telah membuat persembahan dengan diiringi bunyi gitar
yg dimainkan oleh Eddy dan Suhaimi dan Ataa
lagu 'Bila Kami Sudah Tiada'
menceritakan rasa sedih aku utk pergi tinggalkan sekolah ini

lirik lagu asal 'Bila Aku Sudah Tiada' nyanyian HUJAN
aku ubah agar bersesuaian dengan tema Hari Guru yg sedang disambut

lagu kedua yg aku sampaikan dengan penuh semangat,
'Situasi' drpd Bunkface menggamatkan suasana

aku telah diberitahu bahawa ada sebilangan guru2
yg tidak menyukainya kerana lagu itu lagu 'org muda'

pssst, saya memang orang muda lah cikgu! haha
'Revolusi' daripada Bunkface menjadi lagu penutup aku
disambung dgn lagu 'Dan Sebenarnya' dinyanyikan oleh gadis2 gedik sekolah aku
terdiri daripada adik2 junior dari Form4 :)
aku jgk ada buat satu projek pada hari tu,
dengan men-print kesemua nama2 cikgu sekolah aku, sesi pagi dan petang
dalam bentuk HEART <3 , dan menyuruh pelajar2 memakai keratan kertas itu
sebagai tag name kami pada Hari Guru 2009 ini
kesemua 120 (xsilap aku) nama guru aku sediakan dalam satu malam
aku dapat name list guru daripada penyelia petang, Mr See Li Sing
nama pengetua sekolah, Dr Ashley, aku pin-kan pada tie aku
hari yg disambut pada hari Jumaat sebelum cuti sekolah penggal ke-2 ini
akan aku kenang sebagai kenangan terindah

Labels: , ,


xxxxxx

.live life to the fullest.